11.27.2010

Tajuk Puisi = Kecewa

Helaian hari ku selak lagi,
Titisan bening dingin di pipi,
Semalam ulang tahun berlalu dangan sepi.

Aku membilang apa yang aku miliki
Hanya mimpi - mimpi, namun hidup gundah
Cuma menganyam angan bahagia, tapi jiwa sengsara
Dimanakah cinta yang sejati?

Dalam nanar dan sasar aku meratap
Sesalan menghukum diri
Tuah selalu menjaun, malang seakan diwaris
Jiwa terlalu sarat duka 
Lemas, ceas mencengkam rasa

Aku berpaut di dahan reput
Bertenggek di teping nan runtuh

Duhai kasih..
Hulurkan tangan ihsanmu
Pinjamkan belas kasihmu
Izinkan aku berteduh dibalik bayangmu
Bekalkan aku sehujung kuku kasihmu
Untukku teruskan baki hidup ini

Bersabarlah denganku sekatika lagi
Kerana titik penamat hampir pasti
Dan aku....
Takkan mampu bertahan lagi

No comments: